My Writings. My Thoughts.

Testing On-Line setelah 3 tahun hilang

At » Wednesday, November 22, 2017 // 0 Comments »
Loading...

Benyamin Franklin (Penulis)
“Kepuasan membuat orang-orang miskin menjadi kaya; ketidakpuasan membuat orang-orang kaya menjadi miskin.”

Bukan Mencari Nama | tp | Mencari Ketenangan

At » Thursday, February 27, 2014 // 0 Comments »
Jawatan yang tinggi tidak semestinya menjamin kedudukan seseorang. Kaya raya tidak semestinya senang selalu. Semuanya boleh berubah dan berubah.
Setahun lebih berada didalam organisasi memerlukan pengimbangan fizikal, emosi, dan fikiran.

Alhamdulillah, bulan 3 dalam proses perubahan untuk ke tahap lagi tinggi. peringkat demi peringkat dapat dilalui. Moga diizinkan Oleh-Nya.

Berbudi kepada rakyat memang suatu faktor yang seseorang tidak akan tahu kelebihannya. Kerja dengan kerelaan hati itu yang penting, ikhlas dan tawakkal merupakan aspek perlu ada pada jurutera,juruteknik,pekerja.. 

Lonjakkan gaya pemikiran perlu diubah, tidak hanya di didalam organisasi itu sahaja, mungkin takdir seseorang insan meneraju organisasi itu kearah lebih tepat, betul. Kekangan halangan dari pelbagai sumber selalunya membuatkan plan/program itu terbantut. ini yang berlaku !

Perjalanan penulisan didalam blog tidak akan ditamatkan, melihat ramai blogger yang dikenali berundur disebabkan kekangan masa,keluarga,kerjaya. ini satu cara untuk berkongsi pengalaman/idea kepada semua.

Inno_Vation ...

At » Thursday, February 27, 2014 // 0 Comments »
 with judges from another industri
 Bronze Award from organized by the Malaysian Association of Research Scientists (MARS)
 all JKR product on process patent


almost from JKR Johor

Alhmadulillah. first thank you to all participant  who contribute to this event MTE 14 at PWTC. Especially to Unit Penyelidikan dan In-ovasi UPI JKR. We all waiting toward to another event around this year and re-inno-vation our product.

Takdir Itu JalanNya

At » Friday, May 10, 2013 // 0 Comments »

Assalamualaikum, Salam dari Mersing, Tanah yang terletaknya di barat Malaysia
Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan ke alam baitulmuslim yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.

Sebaik mana pun perancangan seseorang, namun perancangan Allah jualah yang lebih baik dan terbaik pada setiap keadaan dan waktu. Apa yang pasti, setiap perancangan dan ketentuanNya itu pastilah yang terindah walaupun di mata kasar seorang manusia, seribu manikam menikam sukmanya.

Berada didalam kelompok yang melaksanakan kerja-kerja kerajaan merupakan satu amanah yang berat untuk dipikul. Kecelaruan dalam membuat keputusan boleh mengakibatkan DISANA nanti akan disoal. Banyak yang perlu dipelajari dan jadilah yang profesional. Mengharapkan setiap hari rezeki yang halal dan barakah. 

Activate

At » Friday, May 10, 2013 // 0 Comments »
Salam...
ber'activate semula setelah beberapa bulan menyepi.
sekarang berada di

begitulah sepanjang pengalaman hidup merantau.
selepas ini InsyaAllah ke KL kalau diberi peluang.

EnginEer & perjalaNannya

At » Friday, January 11, 2013 // 1 Comments »
Assalamualaikum,
hampir beberapa bulan tidak dapat updatekan diri ke dalam vblog ini.
Kesibukan menjalani Konvokesyen serta projek struktur yang sedang berjalan + meeting x sudah2.


Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah untuk tunduk kepada Allah yang Maha Esa dan meraih redha Allah. Namun, acapkali jika kita cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman kini lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah. Seakan redha manusia itulah sumber kebahagian di dunia mahu pun akhirat. Seakan redha manusia itulah penentu kehidupannya diberkati.

Redha manusia? Ya, redha manusia. Jika disingkap kehidupan manusia... marcapada lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan, dan hiburan. Sebagai contoh; sesetengah manusia sekarang berlumba lumba untuk menjadi cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain. dan ada pula  yang selalu update di laman facebook kononnya untuk menunjuk- nunjuk kehandalan mereka.


Kesimpulannya, beringatlah sahabat.. Kita ini sangat  dekat dengan akhir zaman. Usah kita jadi hamba Allah yang berada dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar. Ingatlah, dari mana kita datang, dan janganlah sampai kita sesat sehingga mensyirikkan Allah.


Esok Belum Tentu Gembira ~ Engineer dot.com

At » Monday, October 15, 2012 // 0 Comments »
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."  Surah Al-An'am ayat 162


Kelebihan yang ada sebagai seseorang yang baru belajar erti " alam pekerjaan" sangatlah banyak. Berlambak-lambak dugaan yang diterima takala bekerja. Itu baru satu, dua projek.. Menjadi Khalifah di Mukabumi Allah s.w.t perlulah sentiasa bersabar dalam dugaan.  Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja.

Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga  jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jika kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat

Belajar menjadi Engineer dot com

At » Wednesday, September 19, 2012 // 0 Comments »

Mengenali makna Engineer adalah senang tapi memahami kerjanya adalah sukar.. Bekerja kerna Allah, kerna adaNya, kita Bertawakkal setiap kali menempuhi dugaan..





Mengharapkan Esok adalah HARI yang istimewa dan bermakna...........


Dugaan dan Cabaran

At » Sunday, July 08, 2012 // 0 Comments »


Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. tidak kira di tempat kerja, di rumah mahupun di dalam kereta sekalipun.. saya mengalaminya setiap hari sehinggakan tidur malam tidak lena. inilah tugas sebagai seorang jurutera projek.. ada saja yang berlaku dan tidak terduga.


Ketenangan dan kedamaian hidup merupakan harapan setiap insan. Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga perjalanan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.
Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T. Mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan dunia yang serba sementara ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar.
Umar Abdul Aziz pernah berkata, “Tidak ada satu nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T., kepada seseorang itu, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti dengan yang lebih baik bagi dirinya”.

Sekali Lagi

At » Monday, June 18, 2012 // 0 Comments »
Esok Berjuang kerana Allah
http://youtu.be/H0fTGWqSMko

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website